Surat Jabatan Pelajaran Perak, J.Pel.Pk.(AM)4931/Jld.3(45) bth 15 April 2013 memaklumkan, semua sekolah hendaklah menyediakan dua(2) jenis Penyata Perubahan (Kew.8) bagi setiap anggotanya iaitu:
1) Kew.8 Pemindahan Gaji Dalam Penambahbaikan Struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang baru mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 mulai 1 Januari 2013; dan
2) Kew.8 Pergerakan Gaji Tahun 2013 (termasuk pegawai yang berada di gaji maksima pada tahun 2012) mengikut Kadar KGT atas gred masing-masing tertakluk kepada Jadual Maksima di dalam PP 2 Tahun 2013.
Pegawai yang tidak perlu disediakan Kew.8 Pemindahan Gaji Dalam Penambahbaikan Struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) baru ini adalah pegawai yang tidak layak seperti dinyatakan di perenggan 7 pekeliling tersebut iaitu:
a) Pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
b) Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib dengan Hukuman Buang Kerja berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Januari 2013.
c) Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2013.
Untuk ulasan selanjutnya sila muat turun di sini :http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/306/UPP,%20JGMM%20Gaji%20Min%20Max%202013.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan