Khamis, 3 Disember 2015

BUKU PERKHIDMATAN PEGAWAI DI SEKTOR AWAM

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan,Jabatan Pendidikan Perak melalui suratnya J.Pend.Pk (AM)3902/1/1 Jld.3 (6) bertarikh 29.11.2015 memaklumkan mengenai surat dari Arkib Negara Malaysia, Cawangan Perak mengenai tatacara dan pengendalian Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) di Sektor Awam.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila berhubung terus dengan Unit Perjawatan dan Perkhidmatan di talian 05-501 5068/5076/5079/5073/5240.

Untuk tindakan selanjutnya, sila muat turun surat di bawah ;

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3469/Buku%20Perkhidmatan%20Pegawai%20Di%20Sektor%20Awam.pdf

PENJELASAN MENGENAI PELAKSANAAN PELEPASAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) KE ATAS PEROLEHAN KERAJAAN

Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui suratnya KPMSP.400-10/11/3 Jld,2 (16) bertarikh 6 November 2015 telah mengeluarkan surat penjelasan mengenai pelepasan GST bagi perolehan kerajaan berdasarkan 1PP/ PK1 Punca Kuasa, Prinsip dan Dasar Perolehan.

Untuk keterangan lanjut sila muat turun surat di bawah ini :

Khamis, 26 November 2015

PELAKSANAAN SISTEM eSPKWS DALAM PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH MULAI 1.1. 2016

Jabatan Pendidikan Perak melalui suratnya J.Pend.Pk (Kew)3536/Jld.X (18) bth 18 November 2015 memaklumkan mengenai keputusan Mesyuarat JPKA Bil.3 Tahun 2015 di peringkat Kementerian adalah seperti berikut :

1.semua sekolah baharu diwajibkan menggunakan sistem eSPKWS

2.semua sekolah yang telah beroperasi sebelum 31.12.2014 DIWAJIBKAN
   menggunakan Sistem eSPKWS mulai 1 Januari 2016.

Sekian, terima kasih.

Untuk keterangan lebih lanjut lagi sila muat turun surat di bawah ;

Khamis, 13 Ogos 2015


Image result for kelebihan hari jumat


Image result for ucapan tahniah kejayaan

KEPTAN Kuala Kangsar mengambil kesempatan ini mengucapkan TAHNIAH kepada semua penerima kategori anugerah:

JURULATIH UTAMA DAERAH SISTEM eSPKWS

JURULATIH UTAMA KAKITANGAN SUMBER PENGURUSAN ASET 
DAERAH KUALA KANGSAR

KAKITANGAN SUMBER BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN

di Majlis Anugerah Gemilang 2014 Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

JURULATIH UTAMA DAERAH eSPKWS :

  1. PN. NORAZIAN BINTI ZAKARIA   -   SK MANONG
  2. EN, SYAIFUL AZANIZAM BIN IBRAHIM   -   SK PERLOP 1
  3. EN. RAZEMI BIN MAT   -   SJKC SIMPANG JALONG
  4. EN. ABD RAHMAN BIN K WAHAB   -   SJKT MAHATMA GANDHI KALASALAI
  5. EN. ABU BAKAR BIN KHALID   -   SK POS PELANTOK   
  6. PN. NOR ZALEATI BINTI AHMAD   -   SJKC SALAK BARU

JURULATIH UTAMA KAKITANGAN SUMBER PENGURUSAN ASET DAERAH :
  1. PN. ZURITA BINTI OTHMAN   -   SJKC LIMAN, KATI

KAKITANGAN SUMBER BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN :
  1. PN. NOR AZMAH BINTI ABD TALIB   -   SK SAYONG
  2. EN. AZHARI BIN JAMALUDIN   -   SK POS PERWOR
  3. PN. ROKIAH BINTI MOHAMAD   -   SK CLIFFORD
  4. PN. NORWANI BINTI SUDIN   -   SMK TEMENGGONG KATI
Image result for ucapan tahniah kejayaan

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG 2014 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar melalui suratnya, PPD.PK.02/18/01/ Jld.3 (17) bth. 10 Ogos 2015 memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Gemilang 2014 Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar akan diadakan seperti ketetapan berikut : 

Tarikh :  14 Ogos 2015 (Jumaat)

Masa  :  2.30 hingga 6.00 Petang

Pendaftaran  :  2.30 hingga 2.50 Petang

Tempat  :  Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pakaian  :  Pakaian Kerja / Baju Melayu (Lelakji)

Sekian, terima kasih.

sila muat turun surat siaran dan lampiran di bawah untuk tindakan selanjutnya;

http://www.ppdkualakangsar.edu.my/attachments/article/732/Majlis%20Anugerah%20Gemilang%202014.pdf




Selasa, 11 Ogos 2015

CETAKAN TIKET PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2 / 2015

Perhatian Kepada :-

1) PEMBANTU MAKMAL GRED C17
2) PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17
3) PEYELIA ASRAMA GRED N17
4) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
5) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17

Jabatan Pendidikan Perak melalui Unit Penilaian Tahap Kompetensi pada 07 Ogos 2015 telah memakluman bahawa calon yang telah berdaftar pada 21 Mei hingga 30 Jun 2015 bagi menduduki peperiksaan Sesi 2 Tahun 2015 boleh mula mencetak tiket peperiksaan masing-masing mulai 13 Ogos 2015 (Khamis) melalui https://sisppa.mov.gov.mh/login.php

Semua calon WAJIB membawa tiket peperiksaan tersebut kedalam dewan peperiksaan yang telah ditetapkan. Kegagalan calon membawa tiket akan mengakibatkan calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi  Unit Penilaian Tahap Kompetensi di talian 05-5015261/5015271.

Sekian, terima kasih.


Isnin, 10 Ogos 2015

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

AJK KEPTAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dalam memeriahkan sambutan hari raya Aidilfitiri tahun ini. Sebarang kesilapan dalam pengurusan majlis harap dimaafkan.

















Rabu, 5 Ogos 2015

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

AJK KEPTAN yang bermesyuarat pada 04 Ogos 2015 telah memutuskan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh  : 08 Ogos 2015 (Sabtu)
                                                 bersamaan 23 Syawal 1436

Masa  : 02.30 Petang hingga 05.30 Petang

Tempat  :  Kafeteria, MH Hotel Sungai Siput (U)




Sehubungan dengan itu, semua Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan/puan diharap dapat memeriahkan lagi dan merapatkan silatulrahim antara kita semua.

Sekian, dimaklumkan.

SUHAIMI BIN ALANG KARIM
Setiausaha.






PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2015


Jabatan Pendidikan Perak melalui Unit Kewangan telah dimaklumkan mengenai kesilapan pengiraan di dalam Penyata Pelarasan Bantuan Persekolahan Tahun 2015 yang telah diterima oleh sekolah tempoh hari. Jabatan telah dimaklumkan juga oleh Bahagian Kewangan bahawa tindakan pembetulan sedang diambil tindakan.

Sehubungan itu, Jabatan memohon pihak sekolah mengambil perhatian serius dengan memaklumkan kepada Jabatan (Unit Akaun Sekolah) sekiranya terdapat maklumat seperti BILANGAN PELAJAR yang telah tersilap dikunci masuk oleh Jabatan atau kesilapan lain dengan kadar SEGERA kerana Sistem e-Bantuan akan ditutup pada 7 Ogos 2015.

Selain itu bagi sekolah-sekolah yang perlu membuat pemulangan peruntukan kepada Bahagian Kewangan, pihak sekolah diminta untuk tidak membuat sebarang pemulangan sehingga kesilapan pada Penyata Pelarasan Bantuan Persekolahan Tahun 2015 dibetulkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tarikh akhir untuk pemulangan peruntukan akan diberitahu kelak.

Sekian, terima kasih.

Kiriman oleh: Nor Faizura binti Bahari pada 03 Ogos 2015

Selasa, 4 Ogos 2015

PELAKSANAAN MODUL PENGURUSAN PRESTASI MELALUI HRMIS DISEMUA SEKOLAH NEGERI PERAK

Jabatan Pendidikan Perak melalui suratnya J.Pend.Pk.(SULIT) 4538/Jld.8 (47) bertarikh 31 Julai 2015 memaklumkan mengenai pelaksanaan modul pengurusan prestasi melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di semua sekolah Negeri Perak mulai Tahun 2015.

Dengan pelaksanaan modul ini tiada lagi penggunaan borang LNPT secara manual mulai tahun ini dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut muat turun surat berkenaan di bawah:


Isnin, 27 Julai 2015

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BILANGAN 1 TAHUN 2015

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Sumber Manusia, KP(PP)0069/6/3/ Jld 10 bth. 27 Mac 2015 telah mengedarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2015 Berkaitan Dengan Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas (CRK) Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005.

Untuk keterangan lanjut sila muat turun surat di bawah:

PENYEMAKAN SG 20 BULAN SEPTEMBER 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar akan membuat penyemakan SG20 bulan September 2015 seperti tarikh di bawah :

Tarikh  : 04 hingga 05 Ogos 2015
Hari  : Selasa dan Rabu
Masa  : 08.00 pagi hingga 01.00 Tengahari
Tempat  : Bilik Seri Mahkota, PPD Kuala Kangsar

Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai masalah berkaitan perubahan gaji bulan berkenaan dan sebagainya, bolehlah berhubung terus dengan Kakitangan Sumber masing-masing pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Senarai Kakitangan Sumber :

1. Encik Abd Rahman bin K. Wahab - SJKT Gandhi Kalasalai, Sg Siput (U)
2. Encik Razemi bin Mat - SJKC Simpang Jalong, Sg Siput (U)
3. Encik Saiful Azanizam bin Ibrahim - SK Perlop 1, Sg Siput (U)
4. Encik Abu Bakar bin Khalid - SK Pos Sungai Pelantok, Sg SIput (U)
5. Pn. Zamnah bt. Jauhari - SMK Methodist, Sg SIput (U)
6. Hjh Sharifah Radziah bt Syed Musa - SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar
7. Pn. Norazian bt Zakaria - SK Manong, Manong
8. Pn. Sarina bt Sulaiman - SMJK Tsung Wah, Kuala Kangsar
9. Pn. Asmah bt Muhd Taha - SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar

Sekian, terima kasih

Ahad, 26 Julai 2015

SUMBANGAN MENJAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2015

Mesyuarat AJK KEPTAN Kuala Kangsar kali ke 3/2015 telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 bagi semua KPT dan PT Daerah Kuala Kangsar seperti ketetapan berikut  
Tarikh :  07 Ogos 2015 ( JUMAAT )
Masa       :   3.00  hingga  5.00 Petang
Tempat:  Restoran Lagenda ,Persisiran Sayong 



Memandangkan tiada peruntukan pada kali ini, kami dengan rasa rendah diri dapat sekiranya tuan/puan menyumbang RM10.00 seorang bagi menjayakan majlis di atas. Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan kepada AJK KEPTAN Kuala Kangsar sebelum 31 Julai 2015. 
ZON SUNGAI SIPUT (U) :

EN. ABD RAHMAN - SJKT Mahathma Gandhi Kalasalai (05-5981460)
EN. RAZEMI - SJKC Simpang Jalong (05-5982414)
EN. SAIFUL AZANIZAM - SK Perlop 1 (05-5912695)

ZON KUALA KANGSAR :

PN. ZURITA - SJKC Liman, Kati (05-7520772)
EN. AHMAD SUHAIMI - Kolej Melayu Kuala Kangsar (05-7761400)
PN. NOR FAIZAH - SMK Raja Muda Musa (05-7733112)
PN. NORAZIAN - SK Manong (05-7430327)
PN. JAMADIAH - SK Talang (05-7765822)

Dengan ini kami AJK KEPTAN Kuala Kangsar mempersilakan dan menjemput tuan/puan hadir ke majlis yang bakal diadakan nanti.

Di atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan, saya bagi pihak KEPTAN Kuala Kangsar sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

SUHAIMI BIN ALANG KARIM
Setiausaha 
* Sebarang pindaan tarikh dan tempat majlis akan diberitahu kelak.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KEPTAN KALI KE 3/2015


TARIKH : 24 JULAI 2015 (JUMAAT)
MASA : 3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : KAFETARIA,MH HOTEL SG. SIPUT (U)








Rabu, 11 Mac 2015

KELULUSAN KETUA PTJ BAGI PENGGUNAAN PERUNTUKAN KANTIN & PELBAGAI (KUMPULAN WANG SUWA)

Jabatan Pendidikan Perak melalui portalnya bertarikh 11 Mac 2015 mengedarkan sekali lagi surat mengenai perkara di atas, J.Pend.Pk.(Kew) 3536/Jld.VIII (62) bertarikh 30.7.2012.

Bagi memudahkan pengurusan di peringkat sekolah, Jabatan Pendidikan Perak telah memutuskan untuk memberi KELULUSAN ke atas perbelanjaan seperti di bawah;

1.   Bayaran utiliti sekolah.
2.   Pembelian alat tulis / cetak.
3.   Peralatan kebersihan dan keceriaan kecil tidak melebihi RM2,000.00.
4.   Pembaikan dan Penyelenggaraan Kecil Dengan Jumlah perbelanjaan tidak 
      melebihi RM2,000.00. 
5.   Perbelanjaan Runcit Sekolah (PWR).

Walaubagaimana pun, bagi perbelanjaan yang tidak dinyatakan di atas seperti pembelian perabot, peralatan komputer dan lain-lain, sekolah perlu memohon kelulusan dari Ketua PTJ terlebih dahulu melalui Borang PPKP kepada Unit Akaun Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun surat di bawah;

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2658/20150311095453250.pdf

Jumaat, 13 Februari 2015

PERAKUAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22 KE GRED 26 TAHUN 2015

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui surat edarannya, KP(PP) 0063/27/6 Jld 20 bertarikh 4 Februari 2015 memaklumkan mengenai pemangkuan pembantu tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26 bagi Tahun 2015 di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 10 Mac 2015 ke alamat di bawah :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Naik Pangkat
Aras 4, Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(U.P: Unit Naik Pangkat Bukan Guru)


Sila muat turun dokumen pemangkuan di bawah:
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_003814.pdf







SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PR 1.1/2013

Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.


Keterangan lanjut, sila muat turun surat di bawah :

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/akta/PR1.1-2013-update2015.pdf

KADAR KELAYAKAN BAHARU PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Berita Semasa dari Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia mengenai kadar kelayakan baharu pinjaman perumahan perbendaharaan malaysia dan pemansuhan wang proses yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Untuk keterangan lanjut, muat turun surat di sini :-

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/akta/kelayakan_wangproses_2015.pdf

PERINGATAN : PERTUKARAN NOMBOR AKAUN BANK GAJI - AKAUN CIMB BANK

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui surat edarannya ANM.PK. P/P.600-5 Jld.5(13 ) bertarikh 11 Februari 2015 memaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem CIMB (1 Platform) dan Mesyuarat Penyelarasan bersama CIMB Bank yang telah diadakan pada 25 Februari 2014 yang lalu, menjelaskan bahawa perubahan bank gaji yang melibatkan CIMB hendaklah menggunakan akaun bank 10 digit. 

Sehubungan itu pihak pengurusan JANM Negeri Perak telah memutuskan :

1. Mulai perubahan gaji bulan Mac 2015, pihak PTJ / Jabatan hendaklah memastikan nombor akaun bank penerima gaji adalah 10 digit. 

2. Kemukakan salinan maklumat bank / akaun bank yang telah disahkan bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) sekiranya terdapat perubahan tersebut. 

3. Sekiranya terdapat PTJ / Jabatan yang masih menggunakan 14 digit nombor akaun bank, ianya akan dikuiri dan tidak akan diproses. 


Sekian, dimaklumkan.