Rabu, 28 Mei 2014

PENGUMUMAN KHAS MENTERI BESAR PERAK MENGENAI KEMANGKATAN SULTAN PERAK SULTAN AZLAN SHAH






Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86 tahun mangkat pada pukul 1.30 tengahari dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datul Seri Dr Zambry Abduk Kadir.

Baginda yang memerintah Perak selama tiga dekad  sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984 akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.


Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen,Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.


Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah telah mangkat pada 30 Mac 2012.

Al-Fatihah dan takziah diucapkan...



PERTUKARAN TARIKH: BENGKEL PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN SIRI 5 /2014

Bengkel yang dijadualkan adalah seperti ketetapan di bawah :


Tarikh  :    29 Mei 2014
Masa    :   8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat :   PKG Sungai Siput


Ditunda Pada: 

Tarikh   :  05 Jun 2014
Masa    :  8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat :  PKG Sungai Siput.



Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan hubungi Pn. Norafiza ditalian 012-4343180. 




PENYEDIAAN KEW.8 BAGI URUSAN PENJUMUDAN, PENGGABUNGAN DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN SERTA PERTUKARAN PELANTIKAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11,17,19 DAN 23 TAHUN 2013

JPN melalui surat edaran J.Pel.Pk.(AM)4931/5/Jld.3(62) bth. 22 Mei 2014 memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perak telak melaksanakan pemberian opsyen kepada semua perjawatan yang terlibat dalam penambahbaikan skim perkhidmatan mengikut Pek Perkhid Bil.9 hingga 35 Tahun 2013 yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013 dan 1 November 2013.

Sebanyak 17 skim perkhidmatan telah terlibat dalam pemberian opsyen di bawah Pek Perkhid Bil.11,17,19 dan 23 Tahun 2013 bagi Jabatan ini yang melibatkan seramai 2,102 orang penyandang.

Lanjutan dari pemberian opsyen ini, pihak tuan/puan adalah dipohon untuk menyediakan Kew.8 bagi semua perjawatan yang terlibat.

Surat siaran berkenaan boleh dimuat turun seperti di bawah;

Jumaat, 23 Mei 2014

URUSAN PENEMPATAN HAKIKI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N22 (KUP) KE GRED N22 HAKIKI

JPN melalui surat edaran J.Pel.Pk(SULIT) 4773 Jld.10/(32) bth. 9 Mei 2014 memaklumkan akan memproses urusan penempatan Gred N22(KUP) ke Gred N22 secara hakiki bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (P/O) di Negeri Perak. 

Permohonan dibuka kepada Pembantu Tadbir yang telah dinaikkan pangkat secara time-based Gred N22(KUP) pada atau sebelum 31 Disember 2012. Borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan ke jabatan (u.p: Unit Naik Pangkat) dengan segera pada atau sebelum 26 Mei 2014.

Surat siaran dan maklumat lanjut boleh dimuat turun melalui capaian dibawah:

KESAHIHAN FADHILAT AMALAN DI DALAM BULAN REJAB

Bulan Rejab antara bulan yang ditunggu oleh kebanyakan umat Islam kerana dianggap bulan yang penuh keberkatan dan fadilat. Namun terdapat banyak persoalan yang dibincangkan dalam soal jawab agama mengenai kelebihan dan kekeliruan amalan di bulan Rajab terutamanya dengan melakukan puasa sunat.

Ini kerana terdapat banyak bahan bacaan di internet yang menghidangkan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang menanti jika berpuasa sunat di bulan Rejab yang didakwa berpandukan hadith.

Antara contohnya seperti berikut:-
Ada riwayat menyatakan amalan berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga paling tinggi

Jika berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27 Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya dan pelbagai lagi

Namun ada pendapat dan pandangan berbeza menafikan amalan berpuasa pada Rejab. Hujahnya ialah riwayat hadis fadilat Rejab ialah dhaif, sangat dhaif dan maudhuk (palsu).

Maudhuk adalah hadis rekaan dan haram diamalkan manakala Dhaif boleh beramal tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujah.

Penerangan lanjut boleh menonton video-video dibawah ;





Antara jawapan kepada persoalan mengenai kelebihan puasa Rejab yang diperoleh setelah menonton video di atas :
  • Jika diyakini ada fadilat Rejab walaupun hadisnya daif, namun diterima sebahagian ulama, maka beramallah. Amalan itu berdasarkan ilmu yang sudah digali.
  • Jika diyakini hadis mengenai fadilat Rejab adalah palsu dan sangat daif, maka tidak perlu beramal. Biarkan seketika amalan berkenaan. Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa

· Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa. Dengan penyebaran maklumat tentang kelebihan di bulan Rejab yang berpandukan hadis yang diragui ia sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal.

Dalam pada itu, kesan kekeliruan mungkin membawa kepada gejala negatif dan tidak sihat sehingga mewujudkan golongan yang langsung tidak mahu berpuasa pada Rejab kerana tiada fadilat dalam hadis yang sahih menurut pandangan mereka.

Kesimpulannya sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai fadilat Rejab melalui pelbagai sumber yang sahih ataupun bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu dan sewajarnya. Wallahu'alam.