Jumaat, 13 Februari 2015

PERAKUAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22 KE GRED 26 TAHUN 2015

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui surat edarannya, KP(PP) 0063/27/6 Jld 20 bertarikh 4 Februari 2015 memaklumkan mengenai pemangkuan pembantu tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26 bagi Tahun 2015 di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 10 Mac 2015 ke alamat di bawah :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Naik Pangkat
Aras 4, Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(U.P: Unit Naik Pangkat Bukan Guru)


Sila muat turun dokumen pemangkuan di bawah:
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_003814.pdf







SKIM PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PR 1.1/2013

Syarat dan Tatacara Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.


Keterangan lanjut, sila muat turun surat di bawah :

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/akta/PR1.1-2013-update2015.pdf

KADAR KELAYAKAN BAHARU PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Berita Semasa dari Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia mengenai kadar kelayakan baharu pinjaman perumahan perbendaharaan malaysia dan pemansuhan wang proses yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Untuk keterangan lanjut, muat turun surat di sini :-

http://bpp.treasury.gov.my/web/images/PDF/akta/kelayakan_wangproses_2015.pdf

PERINGATAN : PERTUKARAN NOMBOR AKAUN BANK GAJI - AKAUN CIMB BANK

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui surat edarannya ANM.PK. P/P.600-5 Jld.5(13 ) bertarikh 11 Februari 2015 memaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem CIMB (1 Platform) dan Mesyuarat Penyelarasan bersama CIMB Bank yang telah diadakan pada 25 Februari 2014 yang lalu, menjelaskan bahawa perubahan bank gaji yang melibatkan CIMB hendaklah menggunakan akaun bank 10 digit. 

Sehubungan itu pihak pengurusan JANM Negeri Perak telah memutuskan :

1. Mulai perubahan gaji bulan Mac 2015, pihak PTJ / Jabatan hendaklah memastikan nombor akaun bank penerima gaji adalah 10 digit. 

2. Kemukakan salinan maklumat bank / akaun bank yang telah disahkan bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) sekiranya terdapat perubahan tersebut. 

3. Sekiranya terdapat PTJ / Jabatan yang masih menggunakan 14 digit nombor akaun bank, ianya akan dikuiri dan tidak akan diproses. 


Sekian, dimaklumkan.