Isnin, 9 September 2013

EDARAN GAMBAR HARI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2012 DAN ANUGERAH GEMILANG DAERAH KUALA KANGSAR

PPD Kuala Kangsar melalui suratnya PPD.KK 02/18/01 Jld.2(59) bth 06 September 2013 memaklumkan kepada Pengetua/Guru Besar supaya menghantar seorang wakil penerima anugerah untuk mengambil gambar tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Encik Abdul Raauf bin Dimin, Pegawai FasiLINUS PPD Kuala Kangsar di talian 05-7761184 ext 158.

Surat di atas boleh dimuat turun di bawah :-

BELAJAR DARI KESILAPAN

Buat Semua Warga Pendidikan Negeri Perak.

Hebahan dari Sektor Psikologi dan Kaunseling untuk renungan bersama,

" A person who never made a mistake never tried anything news "

Hebahan berkenaan boleh dimuat turun di bawah:-
http://pendidikanperak.gov.my/perak/attachments/article/737/BELAJAR%20DARI%20KESILAPAN.pdf

Jumaat, 6 September 2013

KEMERIAHAH SAMBUTAN AIDILFITRI KEPTAN KUALA KANGSAR 2013

AJK KEPTAN mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran ahli-ahli di majlis sambutan Aidilfitri KEPTAN pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada tetamu kehormat yang turut sama-sama memeriahkan majlis ini. Semoga silatulrahim antara kita akan terus berkekalan.



















  

Khamis, 5 September 2013

URUSAN MEMPROSES DAN MELULUSKAN PENYATA PERUBAHAN (KEW.8) 2013

PPD Kuala Kangsar melalui suratnya PPD.KK, 02/20/1(79) bth 29 Ogos 2013 memaklumkan bahawa penyemakan Kew.8 Pemindahan Gaji 1KGT dan Bantuan Khas Kewangan 2013 akan diadakan seperti kenyataan di bawah :

Tarikh      : 17, 19 dan 23 September 2013

Masa       :  08 pagi hingga 05 petang3

Tempat    : Bilik Seri Mahkota, PPD Kuala Kangsar

Sekian, Terima kasih.

Surat Siaran dan Lampiran boleh dimuat turun di sini.
http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2013/09/URUSAN-MEMPROSES-KEW-8.pdf

MAJLIS BERSAMA TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA KANGSAR SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI 1434H

Kesatuan Pembantu Tadbir Cawangan Kuala Kangsar akan mengadakan majlis sambutan Aidilfitri 1434H seperti kenyataan di bawah :

Tarikh    : 6 September 2013 (Jumaat)

Masa     : 3.00 petang

Tempat : Dewan Besar SJKC Tsung Wah, Kuala Kangsar

Sehubungan dengan itu dijemput tuanpuan Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Daerah Kuala Kangsar hadir ke majlis tersebut. Bagi menjayakan lagi majlis ini, besarlah harapan AJK KEPTAN Kuala Kangsar sekiranya tuan/puan dapat memberikan sumbangan sebanyak RM10.00 seorang untuk tujuan perbelanjaan majlis.

Sumbangan tersebut boleh dihantar pada atau sebelum 30 Ogos 2013 kepada AJK KEPTAN yang dilantik seperti di bawah :

Zon Sungai Siput (U) 
En. Razmi bin Mat (SJKC Simpang Jalong Sg Siput (U)

Zon Kati/Pdg Rengas      
Pn. Zurita bt Othman (SJKC Liman, Kati)

Zon Manong                 
En. Mohamad Azli bin Abd Hamid (SMK SULTAN Tajul Ariffin, Manong)

Zon Kuala Kangsar          
Pn. Asiah bt Kamaruddin (SJKC Tsung Wah)

Kehadiran tuan/puan dialu-alukan demi mengiratkan silatulrohim antara kita.


PENYEMAKAN GAJI - SG20 BULAN OKTOBER 2013

Pada 3hb hingga 4hb September 2013 Kakitangan Sumber Kewangan dan Akaun (KSKA) Daerah Kuala Kangsar telah membuat penyemakan gaji bulan Oktober 2013 di SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar.   Hasil daripada semakan tersebut KSKA menyarankan supaya kes-kes kenaikan gaji tahunan kepada guru-guru bagi TPG Julai dan Oktober 2013 dibuat segera supaya ianya tidak melangkau ke tahun 2014. Begitu juga dengan kes-kes kenaikan pangkat.

Sehubungan dengan minta kerjasama Pembantu Tadbir Perkhidmatan supaya dapat menyediakan Kew.8 berkenaan dengan segera. Bagi KPT/PT yang menyediakan gaji, sekiranya mempunyai masalah dalam penyediaan gaji hendaklah berhubung terus dengan KSKA sekolah masing-masing. 

Sekian, harap maklum.