Isnin, 19 Ogos 2013

RASIONAL LOGO KEMERDEKAAN KE 56 DAN HURAIAN MAKSUD

Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 56. Imej berwarna merah diselang-seli jalur putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 (56 tahun kemerdekaan), mewakili rakyat Malaysia perbilang kaum, membawa semangat 1Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian. Ia juga melambangkan rakyat Malaysia yang bersatu padu menjaga kedaulatan negara dari tahun 1957 sehingga kini. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.

Secara ringkas, apa yang hendak ditonjolkan pada logo ini adalah "Memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia negara berdaulat"

Rabu, 14 Ogos 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA KEPTAN KALI KE 3/2013

Dimaklumkan bahawa satu mesyuarat AJK KEPTAN akan diadakan seperti ketentuan berikut :


  • Tarikh     : 19 Ogos 2013 (Hari Isnin)
  • Masa      :  3.00 Petang
  • Tempat   :  Bilik Mesyuarat SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar
       Agenda   :    - Ucapan Pengerusi
                          - Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.
                          - Perkara Berbangkit.
                          - Majlis Sambutan Hari Raya
                          - Hal-Hal Lain.

Sehubungan dengan itu, semua Ahli Jawatankuasa dijemput ke mesyuarat di atas dan kehadiran tuan/puan adalah diharapkan demi kemajuan kesatuan ini.

Sekian, terima kasih.

PENYEDIAAN PENYATA PERUBAHAN (KEW.8) BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2013

Unit Perjawatan dan Perkhidmatan melalui portal JPN bertarikh 13 Ogos 2013 telah mengemukakan contoh penyediaan Penyata Perubahan (Kew.8) Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi Tahun 2013 untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.

Mulai sekarang tuan/puan boleh mengemukakan Kew.8 berkenaan kepada Pihak Kuasa Melulus dan bagi Sekolah Menengah Harian pula, perlu mengemukakan 3 salinan Kew.8 tersebut dan menghantarnya ke Unit Perjawatan dan Perkhidmatan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan pada atau sebelum 16 Ogos 2013.

surat berkenaan boleh dimuat turun di sini
http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/678/upp,bantuan%20khas%20kew%2031jul2013.pdf

Isnin, 5 Ogos 2013

GURU INTERIM TIDAK LAYAK PEMBERIAN 1 KGT PP BIL.5 TAHUN 2013

Unit Gaji JANM Perak melalui suratnya ANM.PK.T(2)1099 Jld.2 (57) bth 3 Julai 2013 memaklumkan salinan email di bawah yang diterima dari Bahagian Saraan JPA bertarikh 29 Jun 2013 mengenai perkara di atas untuk makluman dan tindakan semua.

from: MUHAMAD KHAIRI BIN ABDULLAH [muhdkhairi.abdullah@jpa.gov.my]
Sent: 29 June 2013 1:29 AM
To: azrul.mustafa@moe.gov.my
Cc: DATUK RAJA NOOR ZAEDAH BINTI RAJA AHMAD;ABDUL JAMIL BIN ABDUL HALIM;LIM ENG HOCK;ZANARIAH BINTI ZAINUDDIN;NADIA AZURA MOHD NUDRI;FIRAL LIYANA BT MUSTAPA;AHMAD YUSMADI BIN YUSOFF;hrpay;hafizatun.ramlan@moe.gov.my;FAHIZOL BIN HARIS
Subject: RE:Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013

Tuan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sebagaimana dimaklumi,, pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013 adalah melibatkan urusan pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam susulan kepada keputusan Kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, laluan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji yang perlu diselesaikan sebelum 31 Disember 2013, di mana urusan pemberian pemindahan gaji ini melibatkan gaji dalam struktur Jadual Gaji Minimum Maksimum.

3.  Oleh yang demikian, mengambil perhatian akan Guru Interim (guru sandaran) di Kementerian Pendidikan Malaysia dibayar upah berdasarkan kepada elaun bulanan, maka guru interim adalah tidak layak diberikan pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu KGT tersebut. Untuk makluman perkara ini telah dibincangkan dan dipersetujui bersama wakil-wakil kementerian dan jabatan semasa mesyuarat membincangkan draf pekeliling perkhidmatan tersebut pada 18 April 2013 dan 17 Mei 2013 yang turut dihadiri wakil KPM.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

                  t.t
(MUHAMAD KHAIRI ABDULLAH)
Bahagian Saraan
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Saraan
Aras 5, Blok A
Bangunan MKN-Embassy Techzone
No 3200, Jalan Teknokrat 2
63000 CYBERJAYA

Telefon : 03 - 83164068
Faksimili : 03-8320 1980 / 8320 1981
Tel. Bimbit : 012-55737787



PEMGEMASKINIAN SISTEM MAKLUMAT SEKOLAH (SMS)

Unit Kewangan & Akaun melalui portal PPD Kuala Kangsar bertarikh 5 Ogos 2013 memaklumkan ada sekolah yang masih belum mengemaskini data dalam sistem maklumat sekolah bagi bulan Julai 2013. Minta kerjasama rakan KPT/PT untuk mengambil tindakan segera selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2013 (hari RABU).

Sekiranya masih GAGAL berbuat demikian satu SURAT TUNJUK SEBAB akan dihantar ke sekolah berkenaan untuk memberi penjelasan. Untuk pengetahuan KPT/PT sistem SMS ini boleh diakses semula mulai hari ini setelah sistem ini gagal berfungsi semalam.

Unit Kewangan & Akaun PPD Kuala Kangsar juga mengucapkan TAHNIAH.. kepada sekolah yang berjaya mengemaskini maklumat tersebut sehingga bulan JULAI 2013 mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan teruskan usaha mengekalkan prestasi tersebut.  SYABASSS.. rakan KPT/PT.

Jumaat, 2 Ogos 2013

LAPORAN BANTUAN KHAS KEWANGAN SEBANYAK RM500.00 TAHUN 2013.

Unit Kewangan melalui portal PPD Kuala Kangsar bertarikh 1 Ogos 2013 memaklumkan supaya menghantar wakil untuk mengambil laporan berkenaan mulai 1 Ogos 2013 di Unit Kewangan bagi membuat penyemakan. Sekiranya berlaku keciciran pembayaran bagi pegawai yang layak, pihak sekolah perlu menyediakan baucar untuk dibayar secara Baucar Berasingan

Sekiranya berlaku pula pembayaran kepada pegawai yang tidak layak, pihak sekolah adalah bertanggungjawab untuk mengutip semula dan memulangkan kepada PPP Kuala Kangsar untuk tindakan selanjutnya.

Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2013 mengenai Bantuan Khas Kewangan untuk pemahaman seterusnya.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2013 :-   
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp072013.pdf

PELAKSANAAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) DI SEKOLAH TAHUN 2013

Unit Perolehan dan Pengurusan Aset memaklumkan melalui portal PPD Kuala Kangsar bertarikh 1 Ogos 2013 agar mesyuarat JKPAK diperingkat sekolah diadakan 4 kali setahun mengikut tempoh yang telah ditetapkan seperti surat arahan PPD Kuala Kangsar bertarikh 31 Julai 2013. 

Sehubungan dengan itu, sila rujuk Lampiran JKPAK yang disertakan dalam surat siaran berkenaan bagi membantu pihak sekolah mengadakan mesyuarat JKPAK tahun 2013.

Muat turun surat siaran :-

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2013/08/jkpak.pdf

Khamis, 1 Ogos 2013

LAPORAN PEMERIKSAAN HARTA MODAL & INVENTORI SUKU TAHUN KE-3

Unit Aset PPD Kuala Kangsar melalui portal bertarikh 1.8.2013 memaklumkan bahawa laporan pemeriksaan Harta Modal dan Inventori bagi suku tahun ke 3 perlu dihantar sebelum 25 September 2013. 

Untuk keterangan selanjut sila muat turun surat siaran di bawah :-

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2013/08/harta-modal.pdf