Selasa, 25 Ogos 2020

 

Malaysia Prihatin Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2020

Malaysia Prihatin dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Gabungan perkataan 'Malaysia' dan 'Prihatin' menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Tujuh jalur merah putih yang membentuk hati, membawa maksud terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

Sementara warna biri tua memberi erti kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni.

Stigma bunga raya yang digabungkan bersama logo berbentuk hati itu pula menzahirkan bahawa negara menuju kejayaan, manakala lima titik merah adalah simbolik kepada lima kelopak bunga raya menggambarkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan di negara ini.

Bulan sabit dan bintang pecah 14 pula menggambarkan Islam sebagai agama Persekutuan dan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Logo dan tema Hari Kebangsaan itu diperkenalkan dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Majlis turut dihadir oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020.

Ini adalah kali kelima logo berbentuk hati digunakan selepas 1994, 1997, 2015 dan 2016.- BERNAMA

Petikan dari Berita Harian Online

Selasa, 4 Ogos 2020

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN CAWANGAN KUALA KANGSAR KALI KE-23 TAHUN 2020

Dimaklumkan bahawa Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN) Cawangan Kuala Kangsar akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Kali Ke-23 Tahun 2020 seperti ketetapan berikut :

Tarikh  :   19 Ogos 2020  (Hari Rabu)

Masa    :   8.00 Pagi

Tempat :   Dewan Taming Sari, PPD Kuala Kangsar

Kenyataan ini dikeluarkan mengikut Peraturan (32) Perlembagaan Kesatuan Sekerja. 

Sekian, terima kasih.
"INTEGRITI MEMPERKASA ORGANISASI" 

Setiausaha KEPTAN
Cawangan Kuala Kangsar

KES POSITIF MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA


PUTUSKAN RANGKAIAN COVID-19


Ahad, 8 Januari 2017

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERIBADI BAGI TUJUAN PENGIRAAN PCB MULAI 2017

Jabatan Akauntan Negara melalui buletin e-SPKB, rujukan surat ANM.PK.P/P. 600-5 Jld.9 (38) bertarikh 30 Disember 2016 memaklumkan bahawa pihak BPTM Putrajaya telah membuat pengemaskinian amaun pelepasan daripada RM1,000.00 kepada RM2,000.00 bagi setiap satu tanggungan pegawai sedia ada di dalam sistem Payroll GFMAS mulai 1 Januari 2017.

Sehubungan dengan itu pindaan juga perlu di buat melalui Borang Lampiran A - Borang Kemaskini Maklumat Peribadi PCB 2017 supaya sama seperti pengiraan pelepasan tanggungan pada sistem GFMAS.

Sekian, terima kasih.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila muat turun surat ini :
http://www.ppdkualakangsar.edu.my/v2/attachments/article/2091/Pengemaskinian%20Maklumat%20Peribadi.pdf