Isnin, 27 Julai 2015

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BILANGAN 1 TAHUN 2015

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Sumber Manusia, KP(PP)0069/6/3/ Jld 10 bth. 27 Mac 2015 telah mengedarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2015 Berkaitan Dengan Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas (CRK) Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005.

Untuk keterangan lanjut sila muat turun surat di bawah:

PENYEMAKAN SG 20 BULAN SEPTEMBER 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar akan membuat penyemakan SG20 bulan September 2015 seperti tarikh di bawah :

Tarikh  : 04 hingga 05 Ogos 2015
Hari  : Selasa dan Rabu
Masa  : 08.00 pagi hingga 01.00 Tengahari
Tempat  : Bilik Seri Mahkota, PPD Kuala Kangsar

Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai masalah berkaitan perubahan gaji bulan berkenaan dan sebagainya, bolehlah berhubung terus dengan Kakitangan Sumber masing-masing pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Senarai Kakitangan Sumber :

1. Encik Abd Rahman bin K. Wahab - SJKT Gandhi Kalasalai, Sg Siput (U)
2. Encik Razemi bin Mat - SJKC Simpang Jalong, Sg Siput (U)
3. Encik Saiful Azanizam bin Ibrahim - SK Perlop 1, Sg Siput (U)
4. Encik Abu Bakar bin Khalid - SK Pos Sungai Pelantok, Sg SIput (U)
5. Pn. Zamnah bt. Jauhari - SMK Methodist, Sg SIput (U)
6. Hjh Sharifah Radziah bt Syed Musa - SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar
7. Pn. Norazian bt Zakaria - SK Manong, Manong
8. Pn. Sarina bt Sulaiman - SMJK Tsung Wah, Kuala Kangsar
9. Pn. Asmah bt Muhd Taha - SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar

Sekian, terima kasih

Ahad, 26 Julai 2015

SUMBANGAN MENJAYAKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2015

Mesyuarat AJK KEPTAN Kuala Kangsar kali ke 3/2015 telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 bagi semua KPT dan PT Daerah Kuala Kangsar seperti ketetapan berikut  
Tarikh :  07 Ogos 2015 ( JUMAAT )
Masa       :   3.00  hingga  5.00 Petang
Tempat:  Restoran Lagenda ,Persisiran Sayong 



Memandangkan tiada peruntukan pada kali ini, kami dengan rasa rendah diri dapat sekiranya tuan/puan menyumbang RM10.00 seorang bagi menjayakan majlis di atas. Sumbangan tuan/puan bolehlah disalurkan kepada AJK KEPTAN Kuala Kangsar sebelum 31 Julai 2015. 
ZON SUNGAI SIPUT (U) :

EN. ABD RAHMAN - SJKT Mahathma Gandhi Kalasalai (05-5981460)
EN. RAZEMI - SJKC Simpang Jalong (05-5982414)
EN. SAIFUL AZANIZAM - SK Perlop 1 (05-5912695)

ZON KUALA KANGSAR :

PN. ZURITA - SJKC Liman, Kati (05-7520772)
EN. AHMAD SUHAIMI - Kolej Melayu Kuala Kangsar (05-7761400)
PN. NOR FAIZAH - SMK Raja Muda Musa (05-7733112)
PN. NORAZIAN - SK Manong (05-7430327)
PN. JAMADIAH - SK Talang (05-7765822)

Dengan ini kami AJK KEPTAN Kuala Kangsar mempersilakan dan menjemput tuan/puan hadir ke majlis yang bakal diadakan nanti.

Di atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan, saya bagi pihak KEPTAN Kuala Kangsar sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

SUHAIMI BIN ALANG KARIM
Setiausaha 
* Sebarang pindaan tarikh dan tempat majlis akan diberitahu kelak.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KEPTAN KALI KE 3/2015


TARIKH : 24 JULAI 2015 (JUMAAT)
MASA : 3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : KAFETARIA,MH HOTEL SG. SIPUT (U)