Ahad, 13 Oktober 2013

MARHABAN YAA ZULHIJJAH



Setiap Muslim wajib merebut kemuliaan sepanjang Zulhijjah dengan mengambil iktibar dan inisiatif menjana akidah tauhid dan menjalin ikatan ukhuwah dalam usaha mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan umat islam dalam pelbagai aspek kehidupan sejagat.


Banyak keutamaan dan kelebihan orang yang memuliakan 10 hari permulaan Zulhijjah dengan melakukan amal soleh. Rasulullah SAW bersabda ;
" Tidak ada hari di mana amal soleh pada masa itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu: sepuluh hari dari bulan Zulhijjah". Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah?" Baginda menjawab,"Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan suatu apapun." (HR. Bukhari daripada Ibnu 'Abbas) 

Antara jenis ibadah yang disyariatkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah :-
  1. Melaksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
  2. Berpuasa pada Hari 'Arafah.
  3. Memperbanyakan Zikir dan Takbir.
  4. Memperbanyakkan bacaan Tasbih, Tahmid, Takbir dan Tahlil.
  5. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa.
  6. Mengumandangkan Takbir.
  7. Mendekati Allah SWT.
  8. Memperbanyakkan berbuat amalan soleh.
  9. Melaksanakan solat sunat Aidiladha.
  10. Menyembelih haiwan korban.