Khamis, 13 Ogos 2015


Image result for kelebihan hari jumat


Image result for ucapan tahniah kejayaan

KEPTAN Kuala Kangsar mengambil kesempatan ini mengucapkan TAHNIAH kepada semua penerima kategori anugerah:

JURULATIH UTAMA DAERAH SISTEM eSPKWS

JURULATIH UTAMA KAKITANGAN SUMBER PENGURUSAN ASET 
DAERAH KUALA KANGSAR

KAKITANGAN SUMBER BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN

di Majlis Anugerah Gemilang 2014 Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.

JURULATIH UTAMA DAERAH eSPKWS :

  1. PN. NORAZIAN BINTI ZAKARIA   -   SK MANONG
  2. EN, SYAIFUL AZANIZAM BIN IBRAHIM   -   SK PERLOP 1
  3. EN. RAZEMI BIN MAT   -   SJKC SIMPANG JALONG
  4. EN. ABD RAHMAN BIN K WAHAB   -   SJKT MAHATMA GANDHI KALASALAI
  5. EN. ABU BAKAR BIN KHALID   -   SK POS PELANTOK   
  6. PN. NOR ZALEATI BINTI AHMAD   -   SJKC SALAK BARU

JURULATIH UTAMA KAKITANGAN SUMBER PENGURUSAN ASET DAERAH :
  1. PN. ZURITA BINTI OTHMAN   -   SJKC LIMAN, KATI

KAKITANGAN SUMBER BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN :
  1. PN. NOR AZMAH BINTI ABD TALIB   -   SK SAYONG
  2. EN. AZHARI BIN JAMALUDIN   -   SK POS PERWOR
  3. PN. ROKIAH BINTI MOHAMAD   -   SK CLIFFORD
  4. PN. NORWANI BINTI SUDIN   -   SMK TEMENGGONG KATI
Image result for ucapan tahniah kejayaan

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG 2014 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar melalui suratnya, PPD.PK.02/18/01/ Jld.3 (17) bth. 10 Ogos 2015 memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Gemilang 2014 Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar akan diadakan seperti ketetapan berikut : 

Tarikh :  14 Ogos 2015 (Jumaat)

Masa  :  2.30 hingga 6.00 Petang

Pendaftaran  :  2.30 hingga 2.50 Petang

Tempat  :  Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pakaian  :  Pakaian Kerja / Baju Melayu (Lelakji)

Sekian, terima kasih.

sila muat turun surat siaran dan lampiran di bawah untuk tindakan selanjutnya;

http://www.ppdkualakangsar.edu.my/attachments/article/732/Majlis%20Anugerah%20Gemilang%202014.pdf




Selasa, 11 Ogos 2015

CETAKAN TIKET PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2 / 2015

Perhatian Kepada :-

1) PEMBANTU MAKMAL GRED C17
2) PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17
3) PEYELIA ASRAMA GRED N17
4) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
5) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17

Jabatan Pendidikan Perak melalui Unit Penilaian Tahap Kompetensi pada 07 Ogos 2015 telah memakluman bahawa calon yang telah berdaftar pada 21 Mei hingga 30 Jun 2015 bagi menduduki peperiksaan Sesi 2 Tahun 2015 boleh mula mencetak tiket peperiksaan masing-masing mulai 13 Ogos 2015 (Khamis) melalui https://sisppa.mov.gov.mh/login.php

Semua calon WAJIB membawa tiket peperiksaan tersebut kedalam dewan peperiksaan yang telah ditetapkan. Kegagalan calon membawa tiket akan mengakibatkan calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi  Unit Penilaian Tahap Kompetensi di talian 05-5015261/5015271.

Sekian, terima kasih.


Isnin, 10 Ogos 2015

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

AJK KEPTAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dalam memeriahkan sambutan hari raya Aidilfitiri tahun ini. Sebarang kesilapan dalam pengurusan majlis harap dimaafkan.

















Rabu, 5 Ogos 2015

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015

AJK KEPTAN yang bermesyuarat pada 04 Ogos 2015 telah memutuskan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 akan di adakan seperti berikut :

Tarikh  : 08 Ogos 2015 (Sabtu)
                                                 bersamaan 23 Syawal 1436

Masa  : 02.30 Petang hingga 05.30 Petang

Tempat  :  Kafeteria, MH Hotel Sungai Siput (U)




Sehubungan dengan itu, semua Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan/puan diharap dapat memeriahkan lagi dan merapatkan silatulrahim antara kita semua.

Sekian, dimaklumkan.

SUHAIMI BIN ALANG KARIM
Setiausaha.






PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2015


Jabatan Pendidikan Perak melalui Unit Kewangan telah dimaklumkan mengenai kesilapan pengiraan di dalam Penyata Pelarasan Bantuan Persekolahan Tahun 2015 yang telah diterima oleh sekolah tempoh hari. Jabatan telah dimaklumkan juga oleh Bahagian Kewangan bahawa tindakan pembetulan sedang diambil tindakan.

Sehubungan itu, Jabatan memohon pihak sekolah mengambil perhatian serius dengan memaklumkan kepada Jabatan (Unit Akaun Sekolah) sekiranya terdapat maklumat seperti BILANGAN PELAJAR yang telah tersilap dikunci masuk oleh Jabatan atau kesilapan lain dengan kadar SEGERA kerana Sistem e-Bantuan akan ditutup pada 7 Ogos 2015.

Selain itu bagi sekolah-sekolah yang perlu membuat pemulangan peruntukan kepada Bahagian Kewangan, pihak sekolah diminta untuk tidak membuat sebarang pemulangan sehingga kesilapan pada Penyata Pelarasan Bantuan Persekolahan Tahun 2015 dibetulkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tarikh akhir untuk pemulangan peruntukan akan diberitahu kelak.

Sekian, terima kasih.

Kiriman oleh: Nor Faizura binti Bahari pada 03 Ogos 2015

Selasa, 4 Ogos 2015

PELAKSANAAN MODUL PENGURUSAN PRESTASI MELALUI HRMIS DISEMUA SEKOLAH NEGERI PERAK

Jabatan Pendidikan Perak melalui suratnya J.Pend.Pk.(SULIT) 4538/Jld.8 (47) bertarikh 31 Julai 2015 memaklumkan mengenai pelaksanaan modul pengurusan prestasi melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di semua sekolah Negeri Perak mulai Tahun 2015.

Dengan pelaksanaan modul ini tiada lagi penggunaan borang LNPT secara manual mulai tahun ini dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut muat turun surat berkenaan di bawah: