Rabu, 11 Mac 2015

KELULUSAN KETUA PTJ BAGI PENGGUNAAN PERUNTUKAN KANTIN & PELBAGAI (KUMPULAN WANG SUWA)

Jabatan Pendidikan Perak melalui portalnya bertarikh 11 Mac 2015 mengedarkan sekali lagi surat mengenai perkara di atas, J.Pend.Pk.(Kew) 3536/Jld.VIII (62) bertarikh 30.7.2012.

Bagi memudahkan pengurusan di peringkat sekolah, Jabatan Pendidikan Perak telah memutuskan untuk memberi KELULUSAN ke atas perbelanjaan seperti di bawah;

1.   Bayaran utiliti sekolah.
2.   Pembelian alat tulis / cetak.
3.   Peralatan kebersihan dan keceriaan kecil tidak melebihi RM2,000.00.
4.   Pembaikan dan Penyelenggaraan Kecil Dengan Jumlah perbelanjaan tidak 
      melebihi RM2,000.00. 
5.   Perbelanjaan Runcit Sekolah (PWR).

Walaubagaimana pun, bagi perbelanjaan yang tidak dinyatakan di atas seperti pembelian perabot, peralatan komputer dan lain-lain, sekolah perlu memohon kelulusan dari Ketua PTJ terlebih dahulu melalui Borang PPKP kepada Unit Akaun Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun surat di bawah;

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2658/20150311095453250.pdf