Jabatan Akauntan Cawangan Perak melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld. 2(21) bth 8.4.2013 telah memaklumkan pihaknya telah selesai melaksanakan aktiviti update SAP Kernel dan SAP Support Pack dalam sistem GFMAS-PAYROLL bagi keperluan pengiraan KWSP bagi caruman majikan dan pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) untuk pegawai awam Persekutuan.
Sehubungan dengan itu Pusat Pembayar dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi bagi tujuan pengiraan potongan PCB menggunakan Borang Baru yang boleh dimuat turun di sini http://portalpp.anm.gov.my/perak/wp-content/uploads/2012/08/Borang-Peribadi-PCB.pdf
Antara penambahbaikan tersebut adalah seperti Kategori 3 bagi Duda/Janda/Balu, Bujang dengan Anak Angkat dan lain-lain.
Untuk makluman, pembayaran zakat di luar sistem boleh diambil kira dalam pengiraan potongan PCB dengan syarat resit rasmi tersebut adalah resit tahun semasa. Salinan resit berkenaan yang telah disahkan perlu dikepilkan bersama borang perubahan SG20. Contoh SG20 boleh dilihat di sini :
http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/2013/04/Lampiran-D.pdfSekian, harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan