Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui surat ANM.PK.P/P.600-5 JLD.4 (54) bth.31.12.2014 memaklumkan mengenai perkara diatas.
Dengan segala hormatnya buletin JANM Negeri Perak ruj. ANM.PK.P/P.600-5Jld.4(53) bertarikh 30 Disember 2014 adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan ke atas tarikh pembayaran imbuhan tahunan /bayaran khas prestasi/bayaran khas Contract For Service bagi tahun 2014.Tarikh sebenar bayaran tersebut adalah tertakluk kepada tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak yang berkuasa (Kementerian Kewangan) yang akan dimaklumkan kemudian
Sekiranya terdapat sebarang pembetulan ke atas gaji pokok atau elaun memangku seperti yang dinyatakan dalam Laporan Perkiraan Bonus, PTJ/ Jabatan perlu memastikan Kew.8 dihantar bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) mulai perubahan gaji bulan Februari 2015.
Sekian,terima kasih dan harap maklum.
PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA
NEGERI PERAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan