Khamis, 5 September 2013

PENYEMAKAN GAJI - SG20 BULAN OKTOBER 2013

Pada 3hb hingga 4hb September 2013 Kakitangan Sumber Kewangan dan Akaun (KSKA) Daerah Kuala Kangsar telah membuat penyemakan gaji bulan Oktober 2013 di SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar.   Hasil daripada semakan tersebut KSKA menyarankan supaya kes-kes kenaikan gaji tahunan kepada guru-guru bagi TPG Julai dan Oktober 2013 dibuat segera supaya ianya tidak melangkau ke tahun 2014. Begitu juga dengan kes-kes kenaikan pangkat.

Sehubungan dengan minta kerjasama Pembantu Tadbir Perkhidmatan supaya dapat menyediakan Kew.8 berkenaan dengan segera. Bagi KPT/PT yang menyediakan gaji, sekiranya mempunyai masalah dalam penyediaan gaji hendaklah berhubung terus dengan KSKA sekolah masing-masing. 

Sekian, harap maklum.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan