Rabu, 5 Ogos 2015

PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN TAHUN 2015


Jabatan Pendidikan Perak melalui Unit Kewangan telah dimaklumkan mengenai kesilapan pengiraan di dalam Penyata Pelarasan Bantuan Persekolahan Tahun 2015 yang telah diterima oleh sekolah tempoh hari. Jabatan telah dimaklumkan juga oleh Bahagian Kewangan bahawa tindakan pembetulan sedang diambil tindakan.

Sehubungan itu, Jabatan memohon pihak sekolah mengambil perhatian serius dengan memaklumkan kepada Jabatan (Unit Akaun Sekolah) sekiranya terdapat maklumat seperti BILANGAN PELAJAR yang telah tersilap dikunci masuk oleh Jabatan atau kesilapan lain dengan kadar SEGERA kerana Sistem e-Bantuan akan ditutup pada 7 Ogos 2015.

Selain itu bagi sekolah-sekolah yang perlu membuat pemulangan peruntukan kepada Bahagian Kewangan, pihak sekolah diminta untuk tidak membuat sebarang pemulangan sehingga kesilapan pada Penyata Pelarasan Bantuan Persekolahan Tahun 2015 dibetulkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tarikh akhir untuk pemulangan peruntukan akan diberitahu kelak.

Sekian, terima kasih.

Kiriman oleh: Nor Faizura binti Bahari pada 03 Ogos 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan