Selasa, 11 Ogos 2015

CETAKAN TIKET PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2 / 2015

Perhatian Kepada :-

1) PEMBANTU MAKMAL GRED C17
2) PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17
3) PEYELIA ASRAMA GRED N17
4) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
5) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17

Jabatan Pendidikan Perak melalui Unit Penilaian Tahap Kompetensi pada 07 Ogos 2015 telah memakluman bahawa calon yang telah berdaftar pada 21 Mei hingga 30 Jun 2015 bagi menduduki peperiksaan Sesi 2 Tahun 2015 boleh mula mencetak tiket peperiksaan masing-masing mulai 13 Ogos 2015 (Khamis) melalui https://sisppa.mov.gov.mh/login.php

Semua calon WAJIB membawa tiket peperiksaan tersebut kedalam dewan peperiksaan yang telah ditetapkan. Kegagalan calon membawa tiket akan mengakibatkan calon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi  Unit Penilaian Tahap Kompetensi di talian 05-5015261/5015271.

Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan