Jumaat, 13 Februari 2015

PERINGATAN : PERTUKARAN NOMBOR AKAUN BANK GAJI - AKAUN CIMB BANK

Jabatan Akauntan Negara, Cawangan Perak melalui surat edarannya ANM.PK. P/P.600-5 Jld.5(13 ) bertarikh 11 Februari 2015 memaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem CIMB (1 Platform) dan Mesyuarat Penyelarasan bersama CIMB Bank yang telah diadakan pada 25 Februari 2014 yang lalu, menjelaskan bahawa perubahan bank gaji yang melibatkan CIMB hendaklah menggunakan akaun bank 10 digit. 

Sehubungan itu pihak pengurusan JANM Negeri Perak telah memutuskan :

1. Mulai perubahan gaji bulan Mac 2015, pihak PTJ / Jabatan hendaklah memastikan nombor akaun bank penerima gaji adalah 10 digit. 

2. Kemukakan salinan maklumat bank / akaun bank yang telah disahkan bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) sekiranya terdapat perubahan tersebut. 

3. Sekiranya terdapat PTJ / Jabatan yang masih menggunakan 14 digit nombor akaun bank, ianya akan dikuiri dan tidak akan diproses. 


Sekian, dimaklumkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan