Rabu, 31 Disember 2014

PEMBETULAN KE ATAS TARIKH BAYARAN IMBUHAN TAHUNAN/ BAYARAN KHAS PRESTASI/BAYARAN KHAS CONTRACT FOR SERVICE BAGI TAHUN 2014

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui surat ANM.PK.P/P.600-5 JLD.4 (54) bth.31.12.2014 memaklumkan mengenai perkara diatas.

Dengan segala hormatnya buletin JANM Negeri Perak ruj. ANM.PK.P/P.600-5Jld.4(53) bertarikh  30 Disember 2014 adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan ke atas tarikh pembayaran imbuhan tahunan /bayaran khas prestasi/bayaran khas Contract For Service bagi tahun 2014.Tarikh sebenar bayaran tersebut adalah tertakluk kepada tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak yang berkuasa (Kementerian Kewangan) yang akan dimaklumkan kemudian

Sekiranya terdapat sebarang pembetulan ke atas gaji pokok atau elaun memangku seperti yang dinyatakan dalam Laporan Perkiraan Bonus, PTJ/ Jabatan perlu memastikan Kew.8 dihantar bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) mulai perubahan gaji bulan Februari 2015.

Sekian,terima kasih dan harap maklum.

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA 
NEGERI PERAK

NOTIS MAKLUMAN KWSP e-CARUMAN MULAI JANUARI 2015

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui surat ANM.PK.P/P.600-5 JLD.4 (51) bth.23.12.2014 memaklumkan mengenai e-Caruman KWSP mulai Januari 2015.

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa bulan Januari 2015,pihak KWSP tidak akan menerima sebarang penghantaran Borang A yang dicetak secara manual.

Berikutan itu, Ketua Jabatan/Ketua PTJ yang terlibat diminta untuk menggunakan saluran penghantaran Borang A secara online melalui kemudahan e-Caruman sekiranya terdapat Pekerja Kontrak/Pekerja Sambilan Harian yang masih menggunakan Borang A secara manual yang dibayar menggunakan baucar bayaran (K6).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tentang notis tersebut, sila hubungi pihak ibu Pejabat KWSP ditalian 03-2694 6566 iaitu:

(a)Puan Rohani                    (samb.2371)
(b)Puan Rabiyatul Fazaria     (samb.2695)
(c)Cik Noratiqah                  (samb.6276)
(d)Puan Noor Asyikin           (samb.2785)

Selain daripada itu juga, Ketua Jabatan/Ketua PTJ yang terlibat boleh mendapatkan risalah dan soalan lazim berkenaan e- Caruman pada pautan majikan dilaman web KWSP (www.kwsp.gov.my).

Sekian, terima kasih.

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK