Selasa, 24 Jun 2014

PENGUMPULAN MAKLUMAT BAGI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA YANG LAYAK DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2015

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perak melalui portal bertarikh 24/06/2014 sedang dalam proses pengumpulan data urusan kenaikan pangkat bagi Anggota Kumpulan Pelaksana bagi Tahun 2015.

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun surat berkenaan di bawah:

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1753/PENGUMPULAN%20MAKLUMAT%20AKS.pdf

Rabu, 11 Jun 2014

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KEPTAN KALI KE2 TAHUN 2014

Dimaklumkan kepada semua Ahli Jawatankuasa KEPTAN Kuala Kangsar. Satu mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh    : 13 Jun 2014 (Jumaat)

Masa     : 3.00 petang hingga 5.00 petang  

Tempat  : Bilik Gerakan SJKC Tsung Wah, Kuala Kangsar

Agenda  : 1. Perutusan Pengerusi
               2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu   
               3. Perkara Berbangkit  
               4. Lantikan Biro-Biro  
               5. Hal-hal Lain

Dengan ini tuan/puan dijemput untuk hadir ke mesyuarat tersebut dan dengan kehadiran tuan/puan dapat memajukan lagi kesatuan ini, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

SUHAIMI BIN ALANG KARIM
Setiausaha KEPTAN  
Cawangan Kuala Kangsar


Selasa, 10 Jun 2014

MAJLIS PERSARAAN ENCIK AHMAD BIN PUTEH OSMAN

Pada Hari Jumaat bersamaan 6 Jun 2014, Unit Kewangan PPD Kuala Kangsar telah mengadakan majlis meraikan persaraan Encik Ahmad bin Puteh Osman, seorang Kakitangan Sumber Kewangan dan Akaun Daerah Kuala Kangsar. 

Encik Ahmad bin Puteh Osman yang bertugas di SK Manong dan telah menjadi Kakitangan Sumber hampir 11 tahun bermula Tahun 2002. Beliau ditugaskan untuk menyemak gaji sekolah-sekolah di Zon Manong iaitu sebanyak 10 buah sekolah termasuk SMK Raja Muda Musa di Kuala Kangsar.

Encik Ahmad bin Puteh Osman akan bersara wajib pada 12 Jun 2014(Hari Khamis). Kepada Encik Ahmad diucapkan Selamat Bersara dan didoakan semoga kehidupan selepas persaraan akan lebih ceria, sentiasa dalam keadaan sihat walafiat serta dalam perlindungan Allah swt. 

Sudah Biasa Kita Dengari
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Pegawai Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti

Banyak Duri Perkara Duri
Tidak Sama Duri Mengkuang
Banyak Budi Perkara Budi
Tidak Sama Budimu Seorang








Selasa, 3 Jun 2014

PENYEMAKAN SG 20 BULAN JULAI 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa penyemakan SG20 bagi bulan Julai 2014 akan dibuat seperti tarikh berikut :

Tarikh   :  2 Jun 2014 (Isnin)
               3 Jun 2014 (Selasa)
               6 Jun 2014 (Jumaat) 

Masa    :  8.30 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat :  Bilik Seri Mahkota, PPD Kuala Kangsar

Sebarang masalah mengenai pembayaran gaji boleh berhubung dengan Kakitangan Sumber sekolah masing-masing pada tarikh-tarikh berkenaan.

Sekian, dimaklumkan.

Isnin, 2 Jun 2014

TATACARA BERPAKAIAN SEBAGAI TANDA MENGHORMATI KEMANGKATAN ALMARHUM DYMM SULTAN AZLAN SHAH

Sebagai tanda menghormati kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah, semua penjawat awam dimohon untuk memakai Pakaian Gelap dan Bertudung Hitam bagi perempuan manakala Bersongkok Hitam dengan Lilitan Putih selebar 1 inci bagi lelaki selama 100 hari.

Sekian, terima kasih.