Khamis, 20 Mac 2014

KELEBIHAN DAN SUNNAH HARI JUMAAT


Bagaimanakah nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun berpuasa dan bersolat??.

Ramai di antara kita menunggu nikmat ganjaran dan pahala yang besar hanya dari bulan Ramadhan serta menunggu malam Lailatul-Qadar. Namun ada satu hari yang mana Allah meletakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Ia adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan solat selama setahun". Subhanallah, siapa yang taknak kan ganjaran yang sebegini besar. Begitulah apa yang disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

Adab Bersedia Menyambut Hari Jumaat.

Mandi, sesetengah ulama' mewajibkannya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh". Iaitu wajib keatas setiap orang yang baligh.
Memakai dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Rasulullah sukakan warna putih.
Memakai wangi-wangian seperti minyak atar dan haruman-haruman lain. 
Memotong kuku dan mencukur atau menggunting bulu yang dibolehkan.
Melumurkan badan dengan losyen ataupun krim.


Inshaa'Allah..jika 5 adab ini kita amalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.

Adab Keluar Ke Masjid.

Berjalan selagi mampu jika masjid berdekatan. Ataupun boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ianya akan dihitung dan inshaa'Allah akan mendapat ganjaran dari Allah.
Keluar awal dan masuk ke dalam masjid sebelum imam berada di mimbar. Rasulullah s.a.w bersabda: "Di setiap pintu masjid ada Malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki masjid mengikut urutan. Ketika imam naik keatas mimbar, Malaikat akan menutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah".
Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Rasulullah mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib tengah membaca khutbah sekalipun, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
Sunat untuk duduk berhampiran imam. Rasulullah s.a.w bersabda: "Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya". Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Kalau kita tengok sekarang, ramai yang tidur dan bermain handphone ketika khutbah disampaikan dan secara automatik mereka yang lalai ni akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menggerakkan batu dan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. Barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah pahala Jumaat untuknya".


Amalan Pada Hari Jumaat & Malam Sebelumnya.

Membaca surah Al-Kahfi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi  di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat yang seterusnya". Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.

Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda: "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya". Jika kita berselawat kepada Rasulullah s.a.w sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah adalah rahmat.

Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah". Kebanyakan para ulama dan para sahabat Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam (senja).

Pupuklah rasa mahabbah kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, agar kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah setakat ni jelah  dapat kongsikan serba ringkas dengan pembaca.

Tazkirah ini dari Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf. Tazkirah yang disampai beliau sangat bermanfaat untuk kita dengar dan ambil pengajaran. Semoga ape yang ambe kongsikan di atas bermanfaat kepada semua, inshaa'Allah. Salam Jumaat, wassalam

MESYUARAT JAWATANKUASA KEPTAN KALI KE. 1/2014

Dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK KEPTAN akan diadakan seperti ketentuan berikut :

          Tarikh     :   25 Mac 2014 (Selasa)
          Masa      :   2.30 Petang
          Tempat   :   Bilik Mesyuarat SJKC Tsung Wah, Kuala Kangsar
          Agenda   :   a) Ucapan Pengerusi
                           b) Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
                           c) Perkara Berbangkit
                           d) Penetapan Mesyuarat Agung
                           e) Hal-hal Lain

Sehubungan dengan itu semua AJK diwajibkan HADIR ke mesyuarat di atas. demi kemajuan kesatuan ini. Sekian, terima kasih.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KEPTAN TAHUN 2014

Untuk makluman semua Ahli KEPTAN Cawangan Kuala Kangsar, sila berhubung terus dengan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha dengan SEGERA bagi membuat pengesahan dan pengemaskinian maklumat kedudukan jawatan tuan/puan.

Maklumat yang sediada akan digunapakai sekiranya tiada pengesahan dan pengemaskinian daripada tuan/puan.

Butiran maklumat adalah seperti di bawah :

1) Nama Tempat Bertugas
2) No. Kad Pengenalan
3) Tarikh Lantik Semasa
4) Tarikh Sah Semasa
5) Tarikh Penempatan Di Sekolah Semasa
6) Alamat Terkini
7) No. Fail Peribadi

Sekian, terima kasih.

Rabu, 5 Mac 2014

KESEDIAAN SEKOLAH-SEKOLAH DALAM PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran bth. 04/03/2014 merujuk kepada surat dari Bahagian Akaun KPM - KP.AK.SEK/500-6 Jld 8 (22) bth. 07/02/2014 dan surat Jabatan Pendidikan Perak - J.Pend.Pk(Kew.)3536 Jld.IX bth. 28/02/2014 sedang menjalankan pengumpulan data yang lebih terperinci mengenai pelaksanaan eSPKWS di sekolah-sekolah.

Sehubungan dengan itu sila muat turun dan lengkapkan format Lampiran A seperti di bawah dan hantar ke Unit Kewangan PPD sebelum 7.3.2014 (Jumaat) tanpa GAGAL.

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2014/03/kesediaan.pdf

TAKLIMAT PEKELILING PELAKSANAAN PENGGABUNGAN SKIM PPPS DAN PPPLD BIL. 40 TAHUN 2013

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran PPD.KK.01/02/01 Jld.  (7)  bertarikh 04 Mac 2014 akan melaksanakan taklimat Pekeliling Pelaksanaan Penggabungan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bil.40 Tahun 2013.

          Tarikh     : 12 Mac 2014 (Rabu)
          Masa      : 08.30 pagi
          Tempat   : Dewan PPD Kuala Kangsar

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :-