Selasa, 30 September 2014

PERINGATAN MESRA: PEMATUHAN ETIKA PAKAIAN PENJAWAT AWAM

Postmaster Kementerian Pendidikan Malaysia
Dihantar: 29 Ogos 2014 11:10
Kepada: KPM

Salam 1 Malaysia,

Pematuhan Etika Pakaian Penjawat Awam


Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan BKP, didapati terdapat ketidakpatuhan Etika Berpakaian Penjawat Awam dikalangan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut adalah antara ketidakpatuhan yang kerap dilakukan oleh warga iaitu :

     a. Penjawat awam wanita memakai blouse pendek, berseluar ketat dan tidak memakai butang baju sehingga menjolok mata;

     b. Penjawat awam lelaki berambut panjang;  dan

     c. Penjawat awam memakai selipar dan tidak memakai tanda nama.

2.     Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985, jelas menerangkan mengenai Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam.

Selain itu, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi), 1 Tahun 2008 (Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis dan 9 Tahun 2013 (Pamakaian Two/Three - Piece Suit Pants Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja) turut menggariskan berhubung pakaian yang dibenarkan dipakai oleh penjawat awam semasa bertugas.

3.       Sehubungan dengan itu, warga adalah diingatkan supaya mematuhi etika pakaian seperti yang digariskan oleh Pekeliling di atas. Ketua Jabatan dipohon untuk memantau perkara ini dan mengambil tindakan terhadap pegawai yang gagal mematuhi etika pakaian penjawat awam.

4.     Perhatian dankerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.         

Sekian, terima kasih

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (PELAJARAN)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan