Rabu, 28 Mei 2014

PENGUMUMAN KHAS MENTERI BESAR PERAK MENGENAI KEMANGKATAN SULTAN PERAK SULTAN AZLAN SHAH






Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86 tahun mangkat pada pukul 1.30 tengahari dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datul Seri Dr Zambry Abduk Kadir.

Baginda yang memerintah Perak selama tiga dekad  sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984 akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.


Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen,Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.


Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah telah mangkat pada 30 Mac 2012.

Al-Fatihah dan takziah diucapkan...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan