Bulan Rejab antara bulan yang
ditunggu oleh kebanyakan umat Islam kerana dianggap bulan yang penuh keberkatan
dan fadilat. Namun terdapat banyak persoalan yang
dibincangkan dalam soal jawab agama mengenai kelebihan dan kekeliruan
amalan di bulan Rajab terutamanya dengan melakukan puasa sunat.
Ini kerana terdapat banyak bahan bacaan
di internet yang menghidangkan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang menanti
jika berpuasa sunat di bulan Rejab yang didakwa berpandukan hadith.
Antara contohnya seperti berikut:-
Ada riwayat menyatakan amalan berpuasa satu hari
pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga
paling tinggi
Jika
berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27
Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari
berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya dan pelbagai
lagi
Namun ada pendapat dan pandangan
berbeza menafikan amalan berpuasa pada Rejab. Hujahnya ialah riwayat hadis
fadilat Rejab ialah dhaif, sangat dhaif dan maudhuk (palsu).
Maudhuk adalah hadis
rekaan dan haram diamalkan manakala Dhaif boleh beramal tetapi tidak boleh
digunakan sebagai hujah.
Penerangan lanjut boleh menonton video-video dibawah ;
Penerangan lanjut boleh menonton video-video dibawah ;
Antara jawapan kepada persoalan mengenai kelebihan puasa Rejab yang diperoleh setelah menonton video di atas :
- Jika diyakini ada fadilat Rejab walaupun hadisnya daif, namun diterima sebahagian ulama, maka beramallah. Amalan itu berdasarkan ilmu yang sudah digali.
- Jika diyakini hadis mengenai fadilat Rejab adalah palsu dan sangat daif, maka tidak perlu beramal. Biarkan seketika amalan berkenaan. Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa
· Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa. Dengan penyebaran maklumat tentang kelebihan di
bulan Rejab yang berpandukan hadis yang diragui ia sekali gus
menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal.
Dalam pada itu, kesan kekeliruan mungkin
membawa kepada gejala negatif dan tidak sihat sehingga mewujudkan golongan yang
langsung tidak mahu berpuasa pada Rejab kerana tiada fadilat dalam hadis yang
sahih menurut pandangan mereka.
Kesimpulannya
sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu.
Oleh itu, gali ilmu mengenai fadilat Rejab melalui pelbagai sumber yang sahih
ataupun bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh
kefahaman lebih jitu dan sewajarnya. Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan