Rabu, 12 Jun 2013

PEMBELIAN BUKU PELAWAT DARIPADA BINTANG PRINTING SDN BHD YANG DIARAHKAN OLEH MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM)

Unit Akaun Sekolah melalui portal Jabatan Pelajaran Perak bertarikh 10.6.2013 memaklumkan mengenai pembelian buku pelawat daripada Bintang Printing Sdn Bhd yang diarahkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) seperti surat lampiran yang boleh dimuat turun di bawah :-

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2013

Jabatan Pelajaran Perak melalui portal bertarikh 16.6.2013 memaklumkan mengenai edaran Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2013 iaitu Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Surat dan Bahan boleh dimuat turun di bawah :

Borang Permohonan RMT
Pekeliling RMT Bil. 1 Tahun 2013
Surat Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22 KE GRED N26 BAGI NEGERI PERAK 2013 DI KPM

KPM melalui suratnya, KP.SULIT(NP)0063/27/6 Jld.20 (90) bth 21.5.2013 memaklumkan bahawa KPM sedang melaksanakan urusan pemangkuan bagi Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 ke Gred N26. Calon-calon yang layak adalah seperti berikut:

i) Dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 sebelum atau pada 31.12.2010 secara hakiki  atau

ii) Dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 secara Time Based (KUP) dan ditempatkan secara hakiki ke jawatan Pembantu Tadbir (P/O)  Gred N22 sebelum atau pada 31.12.2010.

Semua dokumen tersebut hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Perak (u.p. Unit Naik Pangkat) dengan segera pada atau sebelum 14.6.2013.

Surat Siaran dan Borang-borang yang berkaitan dengan permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :

http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/459/Pemangkuan%20PT%20N22%20ke%20N26%20Tahun%202013.pdf

Rabu, 5 Jun 2013

AHLAN WA SHAHLAN





PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 2 TAHUN 2013

Jabatan Pelajaran Perak melalui Portal Rasmi bertarikh 5 Jun 2013 mengemukakan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil 2 Tahun 2013 mengenai Tatacara Bagi Calon Yang Gagal Temu Duga Perlantikan Ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang jelas menerangkan maksudnya untuk rujukan dan makluman.

Pekeliling berkenaan boleh dimuat turun diruangan di bawah :

TUNTUTAN PELARASAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2013 MELALUI SISTEM E-BANTUAN

Surat Jabatan Pelajaran Perak, J.Pend.Pk(Per)/Kew3164/Jld 9(2) bth. 31 Mei 2013 memaklumkan bahawa semua sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan dikehendaki melaksanakan tindakan pelarasan peruntukan Bantuan Persekolahan Tahun 2013 pada 1 Jun 2013.

Pihak sekolah dikehendaki menghantar dokumen tersebut ke Unit Akaun Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak sebelum 30 Jun 2013.

Surat siaran dan dokumen pelarasan PCG Tahun 2013 boleh dimuat turun disini:-