Khamis, 7 Februari 2013

SURAT EDARAN BESERTA SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 8 TAHUN 2012

Dimaklumkan bahawa satu Surat Edaran dan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkenaan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid.

Untuk makluman, garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan kewangan bagi sembilan (9) jenis bantuan persekolahan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, mohon pihak sekolah agar memuat-turun surat pekeliling berkenaan bagi membantu pihak sekolah dalam pengurusan kewangan sekolah pada tahun 2013 ini.

Untuk memuat-turun surat edaran dan surat pekeliling berkenaan sila klik pada pautan dibawah : -


Dan



Sekian, terima kasih...