Selasa, 9 April 2013

SENARAI KAKITANGAN BERGAJJI KUP & MAKLUMAN PERUBAHAN KUMPULAN TANGGAGAJI

JANM Perak melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld.2 (22) bth 8.4.2013 telah memaklumkan mengenai penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah SSM melalui PP Bil.2 Tahun 2013, kumpulan tanggagaji dalam Sistem GFMAS-PAYROLL telah diubah daripada 04 iaitu SSM(B) kepada 05 iaitu SSM(T). Perubahan ini merujuk kepada medan 27 dalam Borang SG20.

Oleh yang demikian, berkuatkuasa serta-merta semua SG20 yang dihantar selepas tarikh ini perlu menggunakan kumpulan tanggagaji 05 kecuali bagi kakitangan bergaji KUP yang diluluskan oleh pihak JPA, yang masih mengekalkan penggunaan kumpulan tanggagaji 04.

Untuk penjelasan lanjut mengenai kakitangan bergaji KUP, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2013 dalam para 9 dan 12. Sekiranya tiada terlibat PTJ/Pusat Pembayar tidak perlu mengambil apa-apa tindakan.

Sekian, dimaklumkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan